Cara Menikmati Khasiat Beras Perang Dengan Cara Mudah Dan Sihat Tanpa Rasa Mual.

Sarapan pagi adalah waktu permulaan hari buat kita semua. Tetapi atas faktor mengejar masa, ramai yang abaikan sarapan. Siapa yang selalu skip breakfast tu? Eh.. sama la kita! haahaa… ok oleh sebab tu Sis Azana cuba cari jalan untuk makesure Sis tak skip lagi breakfast macam sebelum ni. Sis faham bukan semua orang ada selera pagi pagi nak menghadap makanan. Tapi kalau dibiarkan perut kosong nanti mula la berdrum dan trompet waktu kita dah sibuk dengan kerja kan! Entry kali ni Sis Azana nak kenalkan korang dengan produk NUTRI BROWN RICE INSTANT BEVERAGES ni. Sesuai untuk semua golongan usia. Maknanya dari seawal usia 6 bulan sampai la remaja sampai la ke usia senja. Ibu mengandung dan sedang menyusu pun lagi lah HIGHLY RECOMENDED dan yang penting sesuai untuk insan insan yang busy macam Sis ni cewahhh!!

Penyediaan nya pun sangat mudah. Pejam mata dah siap!! Eh..! Takkan la kot! Haaahaaa… Jangan la percaya sangat aduduu… mudah yang Sis maksudkan tu cuma tuang air panas je dah siap!! Haaa… yang ni betul tau! Mudah, sedap, kenyang dan yang penting berkhasiat dan sangat baik untuk kesihatan. Kenapa ianya berkhasiat?  Ini kerana ia dihasilkan dari beras perang atau brown rice yang sememangnya diketahui umum sangat baik untuk kesihatan.

Khasiat Brown Rice (Beras Perang ) :

Setiap sebiji beras perang ni mengandungi Magnesium, Zat Besi, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B6, Vitamin E, kandungan Fiber yang baik untuk diet, Protein, Karbohidrat dan lain-lain.

96% dari golongan dewasa dan kanak-kanak tidak mendapat keperluan bijirin yang secukupnya, oleh itu pengambilan beras perang dapat melengkapi 100% keperluan whole grain dalam tubuh badan.Malahan menurut American-Eurasian Journal of Agronomy 2009, Beras perang adalah makanan tersihat di dunia. Hmmm… baru tau kan?

Antara khasiat Brown Rice / beras perang untuk kesihatan ialah:

*  Antioksidan

*  Memberi tenaga berpanjangan.

*  Menurunkan kadar kolestrol

* Membantu sistem penghadaman dalaman dan melancarkan proses pembuangan setiap hari.

* Membantu mengawal berat badan.

Ok dah faham ye murid muriddd… tak pasal pasal jadi cikgu pulak hari ni. Ok jom tengok flavor dia pulak.. Perut dah vibrate ni… air tak siap siap lagi..

1. NUTRIBROWN RICE ORIGINAL ( no sugar added )

2. NUTRIBROWN RICE OAT WITH SOY LECITHIN

3. NUTRIBROWN RICE CHOCOLATE

4. NUTRIBROWN RICE ORIGINAL

Apa yang memikat hati Sis Azana tentang produk ni, dalam semua flavor yang ada ni, semuanya memenuhi kehendak anak tekak sis. Yela kalau dengar beras perang je mesti ada yang cakap tak boleh masuk tekak la, mual la, tak mampu hadam la. Korang kena cuba dulu baru tau sedap ke tidak. Sis dah cuba dan yang paling best of course yang ada oat sebab ianya memberikan rasa kenyang sementara kita nak tunggu meal time kita tu.

Haaaa…. jangan tak tahu, yang tengah berdiet tu, takut nak makan nasi, takut nak makan banyak, sis sarankan korang borong Nutribrown rice ni banyak banyak, berbaloi untuk korang. Ambillah tanpa mengira masa tanpa bimbang kandungan kalori bagai lagi.

Teksturnya halus dan best sangat. Yang flavor chocolate ni sis siap ratah sikit sebelum masukkan air panas tu. Aduhhh dah macam kanak kanak riang gayanya..

Cara penyediaannya sangat mudah. Hanya tuang 220ml air panas dan kacau. Kalau sis kan, sis suka buat pekat macam nestum baby tu. Fefeling takde gigi la tu makan macam tu.. belasah lah kan janji sedap kat tekak ni. Didatangkan dalam bentuk sachet memudahkan korang membawanya ke mana mana. Jadi tak ada alasan nak biar perut kosong kan?

Semua produk dari NutriBrown Rice keluaran Syarikat Abrand Food ini disahkan HALAL oleh JAKIM Malaysia.

Merupakan makanan kesihatan yang

mendapat pengiktirafan dari HACCP

Certified, Food Safety ISO 22000 dan GMP. Jadi ianya selamat dan boleh dinikmati tanpa ragu.

Ok dah membebel banyak, sampai lupa nak bagi tahu kat mana untuk korang mudah cari produk ni. Korang boleh dapatkan nya di Pasaraya Aeon, Cold Storage, Sam’s Groceria dan juga di Popular Bookstore. Juga boleh didapati di mana-mana kedai makanan organik, farmasi-farmasi terpilih di serata Malaysia juga rangkaian kedai makanan kesihatan (natural food ).

Tak sempat cari? Tak apa lah, sis ni baik hati jadi sis tolong uolss. Meh order sementara sis baik hati nak tolong ni. Whatsapp sis 012 3208180. Lambat jangan nangis tepi bucu katil ye..

Dah Tanam Pokok Lidah Buaya Tapi Tak Tahu Manfaatnya. Baca ni..

Seringkali kita nampak kejiranan kita ada yang menanam pokok lidah buaya atau aloe vera ni. Tapi mungkin ada yang belum tahu cara mengolahnya agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Gel aloe vera dapat melembapkan dan menghidrasi kulit secara semulajadi serta berupaya memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit.

Kalau kulit kita dinaiki jerawat, bolehkah aloe vera ni membantu?

Ya boleh! Caranya sapukan cecair lendir aloe vera pada jerawat setiap pagi dan malam dan lihat sendiri kesannya dalam masa beberapa hari jerawat akan menjadi kurang merah, perlahan-lahan akan mengecil dan hilang.

Anda boleh juga mencampurkan gel aloe vera ke dalam masker muka anda semasa melakukan rawatan muka untuk mendapatkan kulit yang licin dan berseri-seri. Tak percaya? Kena cuba la baru tau!

Selain tu aloe vera juga mampu menghilangkan kesan sunburn dan masalah-masalah kulit lain.

Kalau kulit anda terkena sunburn akibat terlalu lama terdedah kepada matahari, sapuan gel aloe vera dapat meredakan dan merawat kesan tersebut. Begitu juga jika anda menghadapi masalah eczema, ruam ataupun gatal-gatal kulit disebabkan oleh gigitan serangga dan sebagainya. Potong secebis daun aloe vera dan sapukan saja cecair lendirnya pada bahagian kulit yang bermasalah itu.

Aloe vera memang sifatnya sejuk – jadi sapuan gel ini akan dapat memberikan kelegaan semulajadi untuk pelbagai jenis masalah kulit. Malahan kalau ada luka-luka kecil pun, boleh sapukan aloe vera untuk membolehkan luka tersebut sembuh dengan cepat secara semulajadi.

Best kan? Cepat cepat la tanam depan rumah. Jimat kos lagi tu!

Penjagaan Rambut

Memang tak dapat dinafikan rambut adalah mahkota setiap wanita. Namun ramai wanita selalu mengeluh disebabkan masalah rambut seperti rambut gugur, terlalu berminyak ataupun banyak kelemumur. Memang boleh saja kalau nak berbelanja beli syampu mahal ataupun mendapatkan rawatan di salon rambut, tapi jangan lupa bahawa kebanyakan produk rawatan rambut melibatkan penggunaan bahan kimia yang membawa kesan jangka panjang yang negatif kepada kita.

Jadi, sebagai alternatif, elok sangat kalau kita manfaatkan gel aloe vera untuk penjagaan rambut. Caranya mudah saja, Lumurkan cecair lendir yang diambil daripada daun aloe vera ke seluruh rambut dan juga seluruh kulit kepala, kemudian bungkus kepala dengan tuala secara longgar dan biarkan semalaman. Keesokan paginya, basahkan dan bilas rambut dan kulit kepala. Lakukan dalam 2 ke 3 kali dalam seminggu untuk mendapatkan rambut yang kelihatan lebih cantik dan sihat. Gel aloe vera sememangnya berkesan untuk membersihkan serta menyejukkan kulit kepala, menghilangkan kelemumur malah dapat melebatkan rambut.

Mengurangkan kesan ‘stretch marks’ dan parut

Ibu-ibu yang baru lepas bersalin selalunya gusar dengan kehadiran ‘stretch marks’ pada bahagian perut. ‘Stretch marks’ juga boleh timbul akibat dari perubahan berat badan yang dialami oleh mana-mana wanita mahupun lelaki. Memang tak berapa cantiklah kalau dah ada tanda regangan pada perut, paha ataupun punggung, dan memang bukan senang nak menghilangkannya.

Salah satu usaha yang boleh dicuba ialah dengan menyapu gel aloe vera pada bahagian yang terlibat. Sama juga dengan kesan parut luka atau kesan bedah, sapukan saja gel aloe vera dua atau tiga kali dalam sehari di tempat yang berkenaan. Selalunya memang akan mengambil masa berbulan-bulan untuk melihat hasilnya tapi kalau rajin menyapu setiap hari, memang nampak ketara kesan ‘stretch marks’ atau parut di badan anda akan semakin pudar berbanding sebelumnya. Nak cantik kena rajin la betul tak?

Penjagaan gusi, gigi dan mulut

Haaa…. berkenaan gigi ni jarang sangat orang guna aloe vera. Tapi tahu tak sifat aloe vera yang anti-mikrob dan anti-bakterial juga menjadikannya mujarab untuk mengubati sakit gusi atau meredakan radang gusi. Untuk mendapatkan kelegaan segera, sapukan saja gel aloe vera di sekeliling gusi terutama bahagian gusi yang bengkak atau sakit. Untuk penjagaan umum gigi dan kesegaran mulut pula, berkumurlah dengan jus aloe vera dan kemudian bilas dengan kumuran air biasa.

Ok esok pagi jangan lupa cuba ya!

Sebagai minuman kesihatan dalaman

Pengambilan aloe vera adalah amat baik untuk kesihatan dalaman kerana ia mampu memberi kesan detoks dan membuang toksin-toksin dari dalam badan, serta membersihkan usus dan saluran penghadaman. Secara tak langsung, berat badan juga mudah turun disebabkan oleh peningkatan metabolisme kesan dari sistem penghadaman yang lebih lancar dan sihat. Mereka yang kerap menghadapi masalah buasir atau sembelit turut digalakkan mengambil aloe vera untuk melegakan simptom- simptom tersebut.

Selain itu, terdapat banyak lagi khasiat dalaman dan manfaat kesihatan yang dapat dinikmati dengan pengambilan jus aloe vera. Antaranya, ia dapat mengurangkan paras gula dalam badan bagi pesakit-pesakit diabetes serta dapat mengurangkan sakit sendi bagi mereka yang mengalami penyakit arthritis.

Cara buat Jus Lidah Buaya Homemade

Jus aloe vera untuk diminum memang ada dijual tetapi boleh juga kalau nak buat sendiri di rumah. Cara nak buat jus aloe vera homemade tidaklah susah. Ambil beberapa helai daun aloe vera yang tebal dan bilas dengan air. Kemudian potong sisi tepi kiri dan kanan daun yang tajam berduri tu. Kupas keseluruhan bahagian kulit yang hijau dan ambil bahagian dalam daun yang tak berwarna dan bertekstur seperti jeli. Ambil sekali bendalir di sekeliling bahagian dalam daun. Kumpulkan dan kemudian kisarkan dengan campuran sedikit air mineral. Tapis dan simpan jusnya di dalam bekas kedap udara. Jus aloe vera yang penuh khasiat ini boleh tahan sekurang-kurangnya selama dua minggu apabila disimpan dalam peti sejuk. Boleh diminum begitu sahaja atau tambahkan dengan perahan air lemon dan sedikit gula. Atau diminum dengan jus kegemaran anda. Tak perlu beli lagi dah. Kan dah jimat kos!

Ok cukupla entry kali ni tentang cerita aloe vera. Sis Azana dah cuba untuk kulit memang best. Nak buat jus pulak lepas ni. Jumpa lagi!!